26 August 2014

Floral Mask [Review] - Dian Pixy

Setiap kali buka fb mesti nampak floral mask...floral mask...floral mask....last2 aku pon beli la floral mask. Dengar kata bagus...baca review sumenye positif pula.So, beli je la kat kawan. Floral mask nih macam2 benefit dia terutama untuk whitehead ngn blackhead. Dulu ada pakai peel off mask shiseido tu...Tapi kan...Mak oiii!pedih habaq hang bila nak bawak kuaq dia *abis keluar dah bahasa utara*. sebab tu aku tak berapa suka peel off mask. then terbaca review orang lain. dengaq kata dia x sakit bila nak bawa keluar...YE mmg ternyata x sakit pun....smooth je nak bawa keluar mask tu. Meh sini nak tunjuk packaging Floral mask ni...

Haaa.....Floral mask nih warna purple..bau pon Lavender....sungguh best! dekat situ juga telah dinyatakan bahan2 untuk membuat floral mask tu...and siap ada direction of use skali tu! baca dulu kandungan bahan dan cara memakai sebelom menggunakannya. Ia mengandungi sebanyak 50 ml sahaja. Haaa...mcm bb cream laa...


Ini adalah fungsi dan Keistimewaan Floral mask. Baca jangan tak baca.


Sebelom nak pakai mask. Kite hadiahkan satu gambar! yeyyy! Time nih white head penuh bergelora di hidung ku yang tak berapa nak mancung.

Cantik tak muka kite ni jadi purple? hahaha..Alien gituh....Ok...time tengah pakai floral mask kan...rasa sejuk je kat muka nih...fuhhh..sonok sangatttttt...then tunggu la dalam 20-25 minit, then baru la cabut balik mask ni..hahaha


nih lepas dah buang Floral mask...Fuhhh...memang tak sakit pun time cabut mask tu....lepas dah cabut tuh kan...rasa smooth je kulit muka ni...rasa "WOW! FANSTATIC DUhhhh!" spotcheck Whitehead kejap...ha...mmg clear whitehead! So, Byebye whitehead...semoga berjumpa lagi dan aku akan guna FLORAL MASK untuk membasmi anda! *okay duk merapu...hahaha* seronoknya.....

APA YANG MIRA SUKA?
  • Baunya iaitu LAVENDER!
  • time cabut tak sakit pon
  • Kulit lembut je lepas dah cabut mask
  • semestinye Bye2 Whitehead and blackhead
  • ada rasa macam dia moisture skit..
APA YANG MIRA TAK SUKA?
  • PRICE! mira beli RM40 ( tapi include postage dengan gift) *actually ok la harga tapi sebab sekarang tengah x derk duit.....so tak brapa suka price dia...(hahahaha) 
  • 50ml dengan pricing tu......
  • waktu buka penutup dia....meleleh je keluar *so kena hati2 waktu buka*

Rating product: 9/10
Price: 5/10

AM I GOING TO BUY THIS AGAIN?? --->> YES! tapi bila ada duit laaaaa~ hahahahah * tgah takde duit sebab nak masuk degree ..kahkahkah...tu pon nak cite*









REVLON PhotoReady Two Way Powder Foundation [Review]

Okay. Nak diceritakan la. Actually, dah pernah try product Revlon ni. But then, bila nak habis dah, saja nak cari powder foundation yang best lagi ka. SO beberapa bulan lalu, ada beli powder kat Sephora jenama NYX, NYX Stay Matte But Not Flat powder. Apa yang buat Mira tak suka powder Nyx tu sebab lepas sejam dua tu, muka mira jadi macam  oily skit and shiny-shiny gitu. jadi tak best la. Then, mira pon beli la balik Revlon ni. SO, Jom tengok casing dia kat bawah ni je....


Okay, ni casing dia. Casing dia lawa tau. Tak tahu camne nak cerita tapi casing dia lain dari casing jenama lain la..but i dont mean in term of the shape. Entah la, tak tahu macam mana nak cerita. Kena pergi rasa sendiri Quality casing dia tu. Haaa. Mira beli shading 008 Rich Ginger ( rasanye la...x ingt sgt ni...adoihhh)

Ni la benefit-benefit pakai product Revlon ni. Photochromatic pigments bend? Mira pon x taw la apa dia....Hahaha..okay..kat situ ada tulis oil and fragrance free. Yerp! mmg x derk bau wangi ke apa. Oil free! Yes! Yang ni yang mira suka sangat. Mira pakai product nih balik sebab dia tak buat muka Mira oily. Sangat best....

Yang ni belah dalam dia. Sponge yang diberi juga kualiti dia sangat bagus. Siap ada cermin lagi. Kekadang certain compact powder or powder foundation tak ada cermin. So, mira suka bila ada cermin. Senang sikit kejanya.


Haaa! Jeng Jeng Jeng. ni la muka mira...selepas dah apply, nampak elok je....sejuk je mata memandang muka sendiri...tak ada minyak2... hahaha.

APA YANG MIRA SUKA?
- Firstly, x oily sgt kat muka mira.
- Fragrance free!
-Benda nih boleh tahan lama taw walaupon harga dia boleh wat mira nak hentok kepala kat dinding.
- Muka nampak natural gituwwww
-Mira suka casing dia! Hahaha

APA YANG MIRA TAK SUKA?

- Harga dia...... :'( ... certain people akan kata " Tak mahai pon!" certain people akan kata " MAHAInye!" everyone ada kemampuan masing-masing nak beli kan? Bagi mira " Boleh tahan la mahai dia tapii mampu lagi". Mira beli yang ada sekali refill kat Guardian RM68.88. Kalo beli yang tak ada refill tadi mira nampak RM62. Bek beli yanga da refill kan?
- dia macam light coverage skit...sebab boleh nampak mira punye acne scar. tapi bila tangkap gambar elok pula.... tuh la kot fungsi Photochromatic pigments bend? Entah la...


Rating: 8/10
Price: 5/10 ( sbb mahai tapi sebab nak juga...beli je la naa)
Coverage: 7/10